Bila Tangan Menaip....

Assalamualaikum w.b.t...

Lama rasanya tidak menulis disini.. Ya.. Cukup lama aku rasakan. Bukan tiada cerita,bukan tiada agenda, cuma tangan ini yang agak malas untuk menaip disini. Maklumlah, faham-faham sahaja bila sudah masuk tahun tiga pengajian, dengan projek paper yang perlu disiapkan, dengan PALAPES yang berbaki setahun, dengan projek yang perlu diuruskan, maaf andai lama sudah tiada post baru disini. Sebenarnya esok aku sudah mahu pulang kerumah. Bermakna berakhirnya lima semester pengajian di Universiti Malaya ini. InsyaALLAH... tinggal lagi 2 semester pengajianku disini. Apa yang kuharap cuma segulung Ijazah Sarjana Muda Geologi Gunaan dan peluang pekerjaan apabila keluar dari uni perdana ini.

Menyorot perjalanan hidupku selama aku tidak menulis disini, tiada yang menarik untuk diceritakan. Tiada aktiviti menarik yang aku sertai untuk aku kongsi bersama. Cuma menghabiskan masa sebagai seorang pelajar biasa. Cuma adalah sedikit aktiviti PALAPES seperti PANDURA yang agak menarik. Yang lain cuma cerita biasa sahaja.

baru-baru ini aku terfikir, kemanakah hala tujuku selepas ini. Pointerku tidaklah setinggi rakan-rakanku yang lain. bolehlah sekadar menunjukkan yang aku belajar disini. Benar, graduan geologi dari seluruh Malaysia mungkin hanya dalam 150 orang setahun, amat kecil jika dibandingkan dengan kursus-kursus lain. Tapi, dengan pointer yang rendah ini, adakah aku akan diterima bekerja? Berapa sangat peluang pekerjaan yang ada?

Aku akui, semester ini mungkin semester paling rajin aku disini. Mungkin kerana sudah kurang projek yang aku sertai, kurang subjek yang aku ambil, memberi peluang untuk aku lebih mentelaah. Satu yang aku harapkan dari sem ini, pointerku lebih 3.0. Entahlah, aku tidak berani untuk katakan aku berjaya, tapi segala doa telah aku panjatkan, segala usaha telah aku kerahkan. yang tinggal tawakkal kepada ALLAH s.w.t agar dipermudahkan segalanya....


InsyaALLAH.....







"It is ALLAH who has made the earth as resting place, and the sky as a canopy, and has given you shape, and made your shape beautiful, and has provided for you sustenance, of things pure and good. Such is ALLAH your lord. So glory to ALLAH, the lord of the worlds".


-Suratul Ghafir: 64

Hidup Mesti Terus

Assalamualaikum...


Hidup...
Memang ramai yang mengatakan ia umpama roda....
Terkadang diatas, terkadang dibawah..
dan aku akui...
Memang ada benarnya kata-kata pujangga itu..
Tidak selamanya kita kan terus berada dipuncak..
Juga tidak selamanya kita akan terus lemah dibalik kekalahan..
Semangat untuk hidup itu penting..
Sampai bila harus bersedih..
Sampai bila harus dibuai perasaan..

Tapi...
Aku akui..
Aku juga insan yang lemah..
Mudah dihanyut perasaan..
Mudah digoda tipu daya syaitan..
Sedang masa-masa yang semakin berlalu..
Semakin meninggalkanku..
Sampai bila aku harus begini..
Sampai bila aku masih mahu berdiri disini..

Kuatkan semangatmu...
Kuatkan mentalmu..
Kuatkan azammu..
Semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini..
Supaya hidup ini ada kenangan yang boleh diingati..
Menjadi cerita hidup untuk diperingati..
Hingga akhir nanti...

















Cerita Kamu dan Kita... vol 1 published...:)


"Life is tough.. Hidup Mesti Terus.. Because you don't know what will happen in the future..."

Rangkuman cuti semester....

Assalamualaikum....

Rangkuman cuti semester bagi sem 4 ini.. (macam laporan khas pulak.. hahaha..)


Chapter 1: Seminggu yang blur di rumah..

Huhuhu..
Mula-mula memang seronok dapat balik rumah..
Jumpa mak ayah, hirup udara segar kampung...
Tapi... Masuk hari keempat...
Diriku mulai blur....
Arghh!!.. Boring... Nak buat apa ni....
Jadi ku ambil keputusan..
Setelah 9 hari dirumah aku pulang ke UM tercinta..
Sedangkan latihan PALAPES bermula hari sabtu, hari selasa aku dah balik..

Chapter 2: 3 hari di UM

Berjumpa kembali dengan budak-budak ni..
Bermacam ativiti dirancang...
Huurayy.. saya sudah ada aktiviti untuk dilakukan!!
Kerja hari pertama.. Carik kerja... hehehe...
GSC Mid Valley tempat dituju..
Alhamdulillah diterima..
Bahagian Consession...
"Hari jumaat nanti datang latihan 5 jam.. tanpa gaji.."
Huh.. ye la... pergi saja la...
Ok.. not bad at all...
Environment kerja yang menarik...
Kerja pun enjoy...
Member-member kerja pun sporting..
Crew Leader yang best..
Tapi..
Hari Sabtu mula latihan PALAPES..
Kena mintak cuti 1 minggu...
SIGH....

Chapter 3: Latihan seminggu PALAPES

Huhuhu...
Seperti biasa latihan...
Masa mengempiskan perut... Yeah!!!
Mengembalikan fit badan...
Tak lama lagi ada istiadat pentauliahan diraja...
Jadi UM perlu hantar pasukan terbaiknya untuk pertandingan..
Aku pun sempat cuba pergi tryout rempuh halangan..
Saja.. Bukan pergi pun tauliah..
Huuu.. Sakit badan.. Tak larat..
Tapi.. Tahun depan nak cuba lagi..:)

Chapter 4: 3 minggu di Consession GSC Mid Valley

Best gila!!!
Walaupun hari-hari kerja..
Tapi sangat enjoy..
Kawan-kawan baru semua best.. (banyak nama tak larat nak sebut)
Crew-crew leader yang sangat baik.. (Wan, Kak Wana, Kak Siti.. terbaik!!)
Makan free kat hotspot... (1901 Chicago Beef terbaik!!)
Hari last kene baling tepung dengan air sweet corn..
Hahaha.. You all are the best..
Kalau ada kesempatan aku akan kembali bekerja disitu..

Chapter 5: Pengambilan lesen

Hehehe..
Akhirnya dah dapat kesempatan dan kebenaran..
Dekat Shah Alam..
Ok la.. Tak la mahal sangat..
Sekarang saya dah ada L motor dan kereta...:)
Tunggu buka sem baru sambung P..












Ok.. Itu du
lu buat masa ni. Ingin pulang semula ke kampung sempena minggu haluansiswa. Nanti akan kuperbaiki lagi blog ini..(tambah gambar, penulisan, etc). Selamat menempuh sem baru.. Wassalam...






it's complicated.....

Assalamualaikum...

Macam status friendster dan facebook je bunyinyakan?? Tapi... itulah perasaanku sekarang. Perasaan... Sangat sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Kepada sesiapa yang rapat kepadaku sepanjang minggu peperiksaan ini, mungkin tahu ceritanya. Kepada yang tidak, maaflah... Belum sampai masanya aku menceritakan hal peribadiku.. Lagi-lagi yang berkaitan dengan hati dan perasaan..

Celaru, keliru, kejam, tamak.. berbagai-bagai perasaan melanda jiwaku kini. Apa yang aku cuma harapkan, aku akan terus gagah menghadapi dugaan ini. Aku akan terus bersabar, aku akan terus menunggu.. Selagi jiwa dan badanku mampu... Sekiranya aku gagal lagi, ada hikmahnya disebalik semua yang berlaku... Shahezy!!! Kamu seorang yang optimistik!! Jangan mudah mengaku kalah!!!

2 bulan ini akan menentukan segalanya... guys... I'm off to holiday... On vacation!!!









Quotes tuk kali ini...


'Biarkan pemikiran menguasai perasaan, bukannya perasaan menguasai pemikiran'

aku dan blogku.....

Assalamualaikum....

Ramai yang mempersoalkan apabila aku tidak mengupdate blogku. Entahlah.. Bukan tiada cerita untuk dikisahkan, bukan tiada luahan untuk dikongsi.. Seorang rakanku berkata 'blog ditulis bukan untuk apa yang orang nak baca, tapi apa yang kita nak baca'. Tapi pada pendapatku.. Aku menulis disini bukan untuk orang baca atau untuk tatapanku sendiri, tapi satu luahan hati yang kurasa amat bererti, yang aku anggap bermakna untuk dikongsi bersama. Blog bagiku bukan diari percuma untuk kongsi kisah kehidupan seharian tetapi satu medium bebas untuk merencana fikiran untuk dikongsi bersama.

Baru-baru ini aku baru menghabiskan marathon 'Proposal Disakusen'. Sebuah kisah cinta tragis + kelakar = membawa erti. Sependapat dengan Ikhwan, aku juga amat bersetuju dengan 'quotes' datuk Rei. dari cerita itulah jua aku melakukan perkara yang aku amat-amat ingin lakukan: memperbaiki hubungan dengan seseorang. Alhamdulillah... Sekarang, semuanya sudah jelas. Tiada lagi selindung. Satu yang ak harapkan, harap persahabatan kami akan kekal walaupun aku sekadar dapat memandang dia dari jauh. Aku doakan kebahagiaan mereka. Ada hikmah disebalik kejadian.. Aku redha dengan ketentuan-NYA...

Kepada semua sahabatku juga, aku doakan selamat menempuh peperiksaan. Sama-sama kita doakan kejayaan kita bersama. Buat ibu ayah, InsyaALLAH anakmu akan berusaha keras sem ini, dengan mensasarkan 3.00 sebagai pointer. Dikesempatan ini juga aku ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diriku. Doakan kejayaan kita bersama.... Amin...

p/s: Petang ini 1500H merupakan paper pertamaku, SMES 1501: Asas jirim. Mohon segalanya dipermudahkan.. Amin...









"Those who say they'll do it tomorrow are idiots! Those who say they'll do it next time are also idiots! When you not do it the moment you think of it, you'll getting nowhere."

-proposal daisakusen

Berakhirnya perjuangan Ghapla Jingga...

Assalamualaikum...

Semalam tamatlah sudah pertandingan festival seni kategori boria di UM. Al-Hamdulillah.. Boria Ghapla Jingga KK5 berjaya mendapat tempat keempat. InsyaALLAH.. jika ada rezeki, kita akan berjaya di lain hari. A lot of trimas diucapkan kepada semua generasi Ghapla Jingga yang berusaha dan hadir pada malam tersebut. Juga diucapkan ribuan trimas kepada warga KK5 yang hadir dan menyokong perjuangan seni kami... Ghapla Jingga... Power!!!!!



Team boria ghapla jingga


aku dikelilingi awek-awek (tapi ade 2 ekor makhluk sesat)... hahahaha...

preview festival seni 09

Assalamualaikum...

Tiba-tiba rasa nak menulis. Ceritera preview Festival Seni KK5. Tahun ini, aku masuk boria, akustik band dan pop band. Banyak 2... Apa-apa hal pun, cuma nk show gmbr kat sini... Enjoy!!!

Kap Raja Sungai dari team drama 'Halusinasi'


Persembahan puisi dari team puisi 'Panca Aksara'


Tarian Kreatif dari team tarian 'Gema Nusantara'

Persembahan akustik band dari gabungan 'The Bikel dan This is Personal'

Persembahan pop band dari 'The Bikel'

Team boria 'Ghapla Jingga'

Persembahan Tarian cina

Persembahan koir

Persembahan nasyid

Persembahan nyanyian Bahasa Inggeris

Sayangnya gambar persembahan pop band dari 'This is Personal' tiada. Nanti bila ada gambarnya pasti akan ku upload disini. thanks for watching!!!



 

K2 Modify 2007 | Use it. But don't abuse it.